Monday, 30 September 2019

Entri 3 : Sudara Beach Resort


Teks : Siti Hajar Binti Mohd Azmi

          Sudara Beach Resort di bina dikawasan pantai yang terpencil yang menghadap ke Laut China Selatan yang terletak di daerah Bachok, Kelantan. Resort ini jaraknya 9 km dari perkampungan nelayan Tok Bali dan 21 km dari Pantai Bisikan Bayu. Tempoh perjalanan ke resort ini dari bandar Kota Bharu mengambil masa selama 45 minit sahaja.

          Antara kemudahan yang disediakan dalam chalet ialah Wi-Fi percuma, televisyen, bar mini, penyaman udara dan ada juga chalet yang boleh di lihat pemandangan laut dan kolam renang. Selain itu, bagi yang bermalan disini, sarapan pagi disediakan secara percuma . Kemudahan lain yang disediakan antaranya kafe, restoran terbuka, kolam renang, spa dan juga masjid. Resort ini beroperasi dari jam 7:30 pagi hingga 11:00 malam setiap hari.



Sumber : Google

Sumber : Google


Sumber : Google


Sumber : Google

Sumber : Google 



Untuk maklumat lanjut, boleh klik link di bawah :

http://www.sudarabeachresort.com.my/




Entri 2 : Ayang Cafe

Teks : Siti Hajar Binti Mohd Azmi



          Ayang Cafe yang dibuka pada 2 April 2018 merupakan sebuah kafe yang berkonsepkan gerai tepi jalan yang dibina dibawah pokok dan bertemakan warna merah jambu. Ayang Cafe menyediakan menu sarapan yang terbaik mengikut selera orang Kelantan. Antaranya nasi berlauk, roti kasih yang semakin popular dan banyak lagi. Harga berpatutan dan mesra pelanggan serta sangat sesuai untuk pelanggan yang datang dari luar Kelantan terutamanya bagi perantau-perantau yang jarang pulang ke kampung.

          Ayang Cafe terletak berhadapan dengan Masjid Langgar, Kota Bharu dan berhampiran dengan Billion Shopping Centre dan The Grand Renai Kota Bharu Hotel. Ayang Cafe beroperasi dari 6 pagi hingga 4 petang setiap hari. 

Sumber : Google

Sumber : Google

 
Sumber : Google

Sumber : Google

Sunday, 29 September 2019

Entri 1 : Muzium Diraja Istana Batu

Teks : Siti Hajar Binti Mohd Azmi

          Istana Batu ini dibina pada tahun 1939 iaitu pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV. Keseluruhan rekabentuk istana ini diilhamkan sendiri oleh Sultan Ismail dan seterusnya dikurniakan kepada Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Zainab II sebagai hadiah perkahwinan.  


          Untuk memasuki kawasan Muzium Diraja Istana Batu ini, pengunjung dikehendaki membayar sebanyak RM2 bagi orang dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak. Manakala pengunjung antarabangsa pula dikenakan bayaran sebanyak RM4 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak. Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali pada hari Jumaat bermula jam 8:30 pagi hingga 4:45 petang.


          Muzium ini terletak di Jalan Hilir Kota iaitu berhampiran dengan Istana Balai Besar dan Muzium Kraftangan manakala bahagian belakang terdapat Masjid Muhammadi (Masjid Negeri Kelantan). Disekitar kawasan ini dikenali sebagai Zon Budaya kerana ianya terdapat bangunan-bangunan bersejarah yang lain. Istana Batu ini juga berhampiran dengan pusat bandar dan pusat membeli belah yang popular di Kelantan iaitu Pasar Siti Khadijah dan Bazar Buluh Kubu.


Sumber : Facebook Istana Batu



Sumber : Google



Sumber : Google

Monday, 23 September 2019

Biodata Hajar Azmi

Teks : Hajar Azmi






1)NAMA PENUH : SITI HAJAR BINTI MOHD AZMI

NAMA PANGGILAN : HAJAR (SUJAA)


2)TEMPAT KELAHIRAN : HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II (HRPZII)

3)PENDIDIKAN :

i) UPSR (2010) – SK LONG GAFAR
ii) PMR (2013) & SPM (2015) – SMK LONG GAFAR
iii) STPM (2016/2017) – SMK KUBANG KERIAN 2
iv) IJAZAH SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (PELANCONGAN) DENGAN KEPUJIAN - UMK

4)MINAT : MENGEMAS RUMAH

5)BUKU, GENRE YANG SUKA DIBACA : NOVEL CINTA & BUKU FIKSYEN

6)HOBI : MEMASAK

7)SUBJEK YANG DIGEMARI : MATEMATIK

8)AKAUN FB/IG : Hajar Azmi / hajar_a2mi

9)CITA-CITA: USAHAWAN