Teks : Siti Hajar Binti Mohd Azmi
Sudara Beach Resort di bina dikawasan pantai yang terpencil yang
menghadap ke Laut China Selatan yang terletak di daerah Bachok, Kelantan.
Resort ini jaraknya 9 km dari perkampungan nelayan Tok Bali dan 21 km dari Pantai
Bisikan Bayu. Tempoh perjalanan ke resort ini dari bandar Kota Bharu mengambil
masa selama 45 minit sahaja.
Antara kemudahan yang disediakan dalam chalet ialah Wi-Fi percuma,
televisyen, bar mini, penyaman udara dan ada juga chalet yang boleh di lihat
pemandangan laut dan kolam renang. Selain itu, bagi yang bermalan disini,
sarapan pagi disediakan secara percuma . Kemudahan lain yang disediakan
antaranya kafe, restoran terbuka, kolam renang, spa dan juga
masjid. Resort ini beroperasi dari jam 7:30 pagi hingga 11:00 malam setiap
hari.
Sumber : Google
Sumber : Google
Sumber : Google
Sumber : Google
Sumber : Google
Untuk maklumat lanjut, boleh klik link di
bawah :
http://www.sudarabeachresort.com.my/
No comments:
Post a Comment