Istana Batu ini dibina pada tahun 1939 iaitu pada zaman pemerintahan
Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV. Keseluruhan
rekabentuk istana ini diilhamkan sendiri oleh Sultan Ismail dan seterusnya
dikurniakan kepada Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Zainab II sebagai
hadiah perkahwinan.
Untuk memasuki kawasan Muzium Diraja Istana Batu ini, pengunjung
dikehendaki membayar sebanyak RM2 bagi orang dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak.
Manakala pengunjung antarabangsa pula dikenakan bayaran sebanyak RM4 bagi
dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak. Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali
pada hari Jumaat bermula jam 8:30 pagi hingga 4:45 petang.
Muzium ini terletak di Jalan Hilir Kota iaitu berhampiran
dengan Istana Balai Besar dan Muzium Kraftangan manakala bahagian belakang
terdapat Masjid Muhammadi (Masjid Negeri Kelantan). Disekitar kawasan ini
dikenali sebagai Zon Budaya kerana ianya terdapat bangunan-bangunan bersejarah
yang lain. Istana Batu ini juga berhampiran dengan pusat bandar dan pusat
membeli belah yang popular di Kelantan iaitu Pasar Siti Khadijah dan Bazar
Buluh Kubu.
Sumber : Facebook Istana Batu
Sumber : Google
Sumber : Google
No comments:
Post a Comment